Jom Ngopi, Belia Aktif Menjadi Usahawan Kedai Kopi
BESUT – Usahawan belia aktif menjadi usahawan kedai kopi mendapat bantuan mesin kopi daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
Kopi yang mempunyai peminat di serata dunia biasanya dipadankan dengan kek atau kuih, tetapi berbeza di Jom Ngopi yang terletak di Kg Seberang Limbongan. Gabungan kopi dan “Burger Pattaya” pastinya membentuk identiti tersendiri. Keunikan ini pastinya menarik “food hunter” dari dalam dan luar Kota Putera.
Pengusaha Kedai Jom Ngopi, Rahimi yang pada asalnya menjual burger, kemudian dengan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya telah memulakan jualan kopi mesin atau “espresso”.
YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah meluluskan bantuan mesin kopi kepada saudara Rahimi bagi meningkatkan lagi perniagaan beliau yang sedia ada. YB juga turut ke kedai tersebut bagi melihat sendiri pencapaian perniagaan usahawan belia tersebut.
Kopi yang mempunyai peminat di serata dunia biasanya dipadankan dengan kek atau kuih, tetapi berbeza di Jom Ngopi yang terletak di Kg Seberang Limbongan. Gabungan kopi dan “Burger Pattaya” pastinya membentuk identiti tersendiri. Keunikan ini pastinya menarik “food hunter” dari dalam dan luar Kota Putera.
YB Haji Mohd Nurkhuzaini turun padang melihat sambil mencuba menu yang dijual di Kedai Jom Ngopi.