|
Pengiktirafan 5S Kepada YPU |
|
|
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Isnin, 05 Julai 2010 00:00 |
|
Kuala Terengganu - YPU HEBAT!!! Begitulah yang dilaungkan oleh Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Azmi Bin Razik bersempena dengan kejayaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang telah diiktiraf sebagai salah satu organisasi yang mendapat Pengiktirafan 5S melalui Pengauditan 5S pada 30 Jun 2010 yang telah diaudit oleh En. Kamaruzzaman Bin Kasim selaku Pengaudit YPU dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) disaksikan oleh Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Azmi Bin Razik dan juga Timbalan Pengurus Besar YPU, Tuan Haji A. Razak Bin Sulaiman.
YPU telah melancarkan Pelaksanaan 5S terhadap YPU yang telah dirasmikan oleh Pengerusi YPU dan juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Y.B. Dato' Haji Mohamed Awang Tera pada 25 Januari 2010. Pelaksanaan 5S telah disertai oleh seluruh kakitangan YPU melalui pelbagai aktiviti, kursus 5S, gotong-royong dan juga lawatan ke organisasi yang telah mendapat pengiktirafan 5S. |
|
Dikemaskini Pada Khamis, 15 Julai 2010 11:51 |