Soalan Lazim

+

Mana-mana Pemohon atau Entiti Perniagaan yang dimiliki oleh Bumiputera Negeri Terengganu dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah layak untuk memohon pembiayaan YPU. Jika syarikat itu didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, individu Bumiputera mesti menjadi rakan kongsi yang aktif dan memiliki sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam syarikat itu. Selain itu, syarikat itu mesti berada dalam perniagaan selama sekurang-kurangnya 1 tahun di mana produk dan / atau perkhidmatan sudah pun berada di pasaran.

+

Salah satu cara untuk memasarkan produk ke Hypermarket ialah dengan berhubung secara terus dengan Hypermarket bagi mendapatkan syarat-syarat kemasukkan produk. Usahawan juga boleh berjumpa dahulu dengan pegawai YPU di Bahagian Pembangunan Perniagaan di mana kami akan melihat produk usahawan dan mengenalpasti penambaikan yang perlu bagi kemasukkan ke Hypermarket.

+

Usahawan boleh datang secara terus ke pejabat Cakna Sdn Bhd iaitu syarikat yang menguruskan T-Mart atau datang berjumpa pegawai YPU di Bahagian Pembangunan Perniagaan di mana kami akan melihat produk usahawan dan mengenalpasti penambaikan yang perlu bagi kemasukkan ke T-Mart.

+

Usahawan hanya perlu mendapatkan borang permohonan dan kembalikan pada kami untuk dinilai. Borang boleh didapati di pejabat YPU atau secara muat turun melalui laman web YPU.

+

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan memulakan perniagaan bolehlah datang ke pejabat YPU dan berjumpa pegawai di Bahagian Pembangunan Perniagaan.

+

Usahawan boleh memohon bantuan pembungkusan dari YPU sekali setiap tiga tahun. Usahawan hanya perlu mendapatkan borang permohonan dan kembalikan pada kami untuk dinilai. Borang boleh didapati di pejabat YPU atau secara muat turun melalui laman web YPU.

+

1. Perkhidmatan & Perdagangan
2. Tekstil
3. Pembuatan/Kraftangan/Cottage Industry

+

Masa yang diambil oleh YPU untuk meluluskan permohonan pembiayaan dan mengeluarkan pembiayaan adalah selama 2 bulan.

+

YPU tidak mengenakan apa-apa yuran pemprosesan atau kos pentadbiran kecuali insuran takaful berkelompok.

+

Empat (4) Skim Pinjaman yang ditawarkan oleh YPU ialah :

i. Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)
(Maksimun pinjaman RM20,000.00)

ii. Skim Pinjmanan Bisnes OnLine (SPBOL)
(Maksimun pinjaman RM10,000.00)

iii. Skim Pinjaman CaknaNita
(Maksimun pinjaman RM15,000.00)

iv. Skim Pinjaman Usahawan Terengganu (SPUT)
(Kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad ditawarkan pinjaman sehingga RM2 juta. Tertakluk kepada syarat-syarat yang digunapakai oleh BIMB).

+

Graduan yang sedang berniaga boleh membuat permohonan pinjaman dengan mengisi borang pinjaman berkaitan yang telah disediakan oleh YPU.

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2017 .