Sejarah PENUBUHAN

Hover pada imej untuk penerangan sejarah penubuhan YPU.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

Cetus idea Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad iaitu mantan Menteri Besar Terengganu ke 10 Terengganu yang menyedari pertumbuhan ekonomi negari Terengganu tidak boleh terus bergantung kepada sumber petroleum sahaja tetapi juga harus digerakkan oleh pertumbuhan sektor perusahaan kecil sederhana. Lanjutan daripada itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh beliau telah bersetuju menubuhkan sebuah agensi yang bertanggungjawab secara langsung untuk menggerak dan mennguruskan program galakkan pembangunan keusahawanan serta perusahaan kecil sederhana di negeri Terengganu dengan menubuhkan Yayasan Pembanguan Usahawan Terengganu.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah Akta Syarikat. YPU ditubuhkan sebagai organisasi berorientasikan sosial khusus kepada galakkan perkembangan keusahawanan dan Perusahaan Kecil Sederhana di Negeri Terengganu. Mula beroperasi pada 1 Julai 1994 di Wisma Darul Iman, Terengganu. Kini YPU selepas lebih 23 tahun beroperasi, YPU diberi tanggungjawab yang lebih mencabar dengan mana turut berfungsi sebagai Urusetia Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu yang telah dianggotai oleh 33 agensi berkaitan keusahawanan & Perusahaan Kecil Sederhana di Negeri Terengganu. Dengan fokus menggerakkan perkembangan keusahawanan negeri Terengganu, aktiviti YPU berteraskan program 5P iaitu menyediakan Pembiayaan, Peningkatan kemahiran, Pembangunan infrastruktur keusahawanan, Pembangunan Perniagaan dan Promosi & Pemasaran. Lebih membanggakan Negeri Terengganu, satu satu negeri di Malaysia yang mempunyai agensi khusus diperingkat negeri yang menyelaraskan segala aktiviti dan program keusahawanan serta perusahaan kecil sederhana.

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2017 .