PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN TERENGGANU (SP3T) & TABUNG SITI KHADIJAH (TSK)

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada prinsip Al-Qardh Al-Hasan.

Butiran
Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)

KRITERIA PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.
  2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.
  3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
  5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.
  6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.
  8. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.

AKTIVITI/PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN PEMBIAYAAN

  1. Kedai Tetap – Restoran, kedai runcit, pakaian, perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, produk kesihatan dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Perniagaan Perkhidmatan – Jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, membaiki alat-alat elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  3. Pembuatan – Industri kecil seperti memproses makanan, perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

  1. Jumlah pembiayaan: RM5,000.00 hingga RM30,000.00
  2. Jangkamasa bayaran balik: sehingga 48 bulan
  3. Tiada cagaran dikenakan.
  4. Tiada kadar caj keuntungan dikenakan.
  5. Penjamin (Kakitangan Kerajaan/Swasta. Had gaji tertakluk kepada Had Pinjaman)

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan kad pengenalan Pemohon & Penjamin.
  3. Gambar pemohon berukuran passport.
  4. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan borang A & D (jika berkaitan).
  5. Salinan penyata bank selama 3 bulan terkini.
  6. Salinan slip gaji penjamin.
  7. Surat tawaran perniagaan / surat sokongan.
  8. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.
  9. Lakaran pelan lokasi premis.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN

  1. Dapatkan borang permohonan pembiayaan daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.
  3. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah diluluskan.

SKIM PEMBIAYAAN ATAS TALIAN TERENGGANU (SPINT)

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaan yang dijalankan secara atas talian.

Butiran
Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)
KRITERIA PEMOHON

    1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.
    2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.
    3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
    4. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan. (Bidang: Perniagaan Atas Talian)
    5. Aktif menggunakan aplikasi media sosial atau lain-lain aplikasi teknologi maklumat (IT) untuk perniagaan.
    6. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.

TUJUAN PEMBIAYAAN

    1. Pembelian bahan mentah dan produk jualan.
    2. Pembelian peralatan ICT untuk jualan.
    3. Pembelian mesin / peralatan yang akan membantu memajukan perniagaan / perusahaan yang diceburi.
    4. Modal kerja / pusingan / promosi online.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

    1. Jumlah: RM2,000.00 hingga RM10,000.00
    2. Jangkamasa Bayaran Balik: Sehingga 24 bulan
    3. Tiada cagaran dikenakan.
    4. Tiada caj keuntungan dikenakan.
    5. Penjamin: Kakitangan Kerajaan / Swasta (Had Gaji tertakluk kepada Had Pinjaman)
    6. Rebat 25% sekiranya bayaran memuaskan tanpa sebarang tunggakan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
    2. Salinan kad pengenalan Pemohon & Penjamin.
    3. Gambar berukuran passport.
    4. Salinan Lesen Pendaftaran Perniagaan (SSM), gambar produk, permit perniagaan dan Borang A & D (jika perlu).
    5. Salinan penyata bank selama 3 bulan terkini.
    6. Salinan slip gaji penjamin.
    7. Surat tawaran perniagaan / surat sokongan.
    8. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.
    9. Lakaran pelan lokasi perniagaan.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN

  1. Dapatkan borang permohonan pembiayaan daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.
  3. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah diluluskan.

SKIM PEMBIAYAAN ‘MOBILE TRUCK’ (SPMT)

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini dilaksanakan di bawah Skim Pinjaman Tanpa Faedah – Al-Ijarah.

Butiran
Skim Pembiayaan 'Mobile Truck' 2019
KRITERIA PEMOHON

    1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.
    2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.
    3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
    4. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
    5. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.
    6. Tidak memiliki rekod kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
    7. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.

TUJUAN PEMBIAYAAN

    1. Pembelian Van dan peralatan bagi tujuan menjalankan aktiviti Food Truck sahaja.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

    1. Jumlah pembiayaan: sehingga RM75,000.00
    2. Jangkamasa Bayaran Balik: Sehingga 84 bulan  / 7 tahun
    3. Tiada Cagaran dikenakan.
    4. Kadar Caj Keuntungan: Dua (2) peratus (%)
    5. Penjamin: Kakitangan Kerajaan / Swasta (had gaji tertakluk kepada had pinjaman).

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Penjamin.
    3. Gambar pemohon berukuran passport.
    4. Salinan Lesen Pendaftaran Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan Borang A & D (jika berkaitan).
    5. Salinan penyata bank selama 3 bulan terkini.
    6. Salinan slip gaji penjamin.
    7. Surat tawaran perniagaan / surat sokongan.
    8. Sebutharga van / food truck & kelengkapan.
    9. Lakaran pelan lokasi – cadangan lokasi.

DANA USAHAWAN & INDUSTRI MIKRO TERENGGANU (DUIT)

1. PROGRAM GERAI MAJU (PGM)
2. BANTUAN PERNIAGAAN PENIAGA KECIL (BPPK)

Disediakan bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga kecil serta industri mikro.

Butiran
Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT)

KRITERIA PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah bumiputera.
  2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.
  3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
  5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.
  6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.
  8. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.

AKTIVITI/PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN GERAN

  1. Peniaga dan Penjaja Kecil
  2. Peniaga Tepi Jalan (Berlesen)
  3. Usahawan Industri Mikro
  4. Berdaftar dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja

TUJUAN GERAN

  1. Pembelian mesin dan peralatan serta bahan mentah sahaja.

CIRI-CIRI GERAN

  1. Jumlah Geran: Sehingga RM5,000.00
  2. Konsep Geran: 80% YPU – 20% Usahawan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan kad pengenalan Pemohon.
  3. Gambar pemohon berukuran passport.
  4. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan borang A & D (jika berkaitan).
  5. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.

CARA MEMOHON GERAN

  1. Dapatkan borang permohonan geran daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.
  3. Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20% kepada pembekal.

DANA PRIHATIN TERENGGANU – OKU (D-HATI) 2019

Disediakan bertujuan untuk membantu usahawan oku tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya.

Butiran
Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-Hati) 2019

KRITERIA PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 60 tahun dan mestilah bumiputera.
  2. Perniagaan adalah milikan rakyat Negeri Terengganu dan menjalankan perniagaan di Negeri Terengganu.
  3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  4. Pemegang Kad OKU Sahaja.
  5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Persekutuan.
  6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai lesen pendaftaran perniagaan (SSM) yang masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan serta beroperasi sepenuh masa.
  8. Pemohon mestilah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh YPU.

AKTIVITI/PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN GERAN

  1. Semua sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

TUJUAN GERAN

  1. Pembelian mesin dan peralatan serta bahan mentah sahaja.

CIRI-CIRI GERAN

  1. Jumlah Geran: Sehingga RM5,000.00
  2. Konsep Geran: 80% YPU – 20% Usahawan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan kad pengenalan dan kad OKU Pemohon.
  3. Gambar pemohon berukuran passport.
  4. Lesen Perniagaan (SSM), gambar produk, gambar premis perniagaan, permit perniagaan dan borang A & D (jika berkaitan).
  5. Sebutharga atau senarai barangan / peralatan yang diperlukan.
  6. Lakaran pelan lokasi premis.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN

  1. Dapatkan borang permohonan geran daripada YPU melalui Laman Sesawang YPU (https://www.ypu.com.my) atau di Pejabat Pentadbiran YPU dan diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai YPU akan memproses dan menilai permohonan tersebut termasuk membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon.
  3. Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20% kepada pembekal.

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2019 .