PEMBANGUNAN USAHAWAN

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Program pembangunan usahawan bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berilmu dan berpengetahuan dalam aspek pengurusan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang mampu bersaing.

PROGRAM LATIHAN & KURSUS KEUSAHAWANAN

Pelaksanaan seminar / latihan / kursus yang melibatkan 3 peringkat berikut:-

1. Start-Up

2. Scale-Up

3. High Performing

PROGRAM USAHAWAN GRADUAN TERENGGANU SEJAHTERA (U-GATES)

1. Pada Bajet 2019, Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Kerajaan Negeri Terengganu telah mewujudkan satu program untuk menggalakkan lebih ramai graduan dalam menceburi bidang keusahawanan iaitu Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera (U-GATES). Kerajaan Negeri juga berhasrat melalui program ini, akan lebih ramai majikan diwujudkan dan justeru itu, lebih banyak peluang pekerjaan turut diwujudkan kepada rakyat di Negeri Terengganu.

2. Program ini merupakan satu langkah bagi menyediakan peluang pekerjaan melalui bidang keusahawanan agar mampu mengurangkan penganguran dan pada waktu yang sama mampu membantu mempersiapkan diri graduan yang berminat untuk menjadi usahawan.

PROGRAM SAHABAT USAHAWAN TERENGGANU (SUT)

1. Berpeluang untuk menambah jaringan hubungan (networking) sesama ahli SUT serta lain-lain usahawan.

2. Keutamaan untuk mendapat maklumat berkait program dan aktiviti keusahawan yang dianjurkan oleh YPU.

Daftar Online:

URUSETIA PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (PEUTER)

PEUTER yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Sekritariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) ditubuhkan sebagai platfom perundingan yang efektif disamping dapat menoptimalkan penggunaan sumber daripada semua agensi-agensi keusahawanan yang terlibat ke arah meningkatkan impak Program dan Aktiviti Keusahawanan serta penyelarasan dan pembentukan Hala Tuju Keusahawan Negeri Terengganu.

PEUTER akan menjadi platfom untuk mengumpul maklumat bagi penilaian dan pemantauan pencapaian prestasi program keusahawan di Negeri Terengganu.

PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) PKP

Kepada semua usahawan di Terengganu yang ingin memohon Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO-YPU, anda dimohon untuk mengikuti langkah dibawah:-

1. Sebelum memohon Program Subsidi Upah (PSU), anda dikehendaki menjadi Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) sila klik pautan ini:
https://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU

2. Setelah mendapat no Majikan atau telah mempunyai no Majikan daripada PERKESO, anda boleh mengisi permohonan Program Subsidi Upah (PSU) sila klik pautan ini:
https://bit.ly/permohonanPSU

3. Akhir sekali, selesai mengisi permohonan PSU anda DIKEHENDAKI mengisi dan menghantar maklumat no rujukan ke pautan link di bawah ini:
https://bit.ly/pengesahan-pendaftaran-psu-ypu-perkeso

Program Subsidi Upah (PSU) dengan kerjasama PERKESO ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh Usahawan/Pengusaha/Majikan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia.

PERKESO telah memperuntukkan sebanyak RM40 Juta bagi tujuan untuk membantu usahawan atau majikan yang terkesan akibat PKP.

 

[/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]
Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020