PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Program Pembangunan Perniagaan merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan untuk meningkatkan kualiti serta pasaran usahawan PKS termasuk Produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) tempatan agar lebih berdaya saing dan setanding di pasaran tempatan mahupun di pasaran global. Ianya secara tidak langsung dapat membantu meringankan kos penyediaan dan peningkatan kualiti produk tersebut.