September 17, 2020 0

LAWATAN CEO KE FOODTRUCK DRAWBRIDGE

Posted by:admin onSeptember 17, 2020

KUALA TERENGGANU, 22 OGOS 2020 – Ketua Pegawai Eksekuti YPU, YBhg. Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab sempat meluangkan masa di Foodtruck Drawbridge malam tadi sambil melihat sendiri sambutan oleh orang ramai terhadap salah satu tempat tumpuan rakyat di Terengganu pada hujung minggu.

Dalam lawatan tersebut juga, pelbagai perkara dibincangkan bersama wakil Foodtruck Terengganu bagi meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada di situ.

Untuk makluman, Foodtruck Drawbridge beroperasi pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula jam 4.00 petang hingga 12.00 malam di tapak Parking Drawbridge (Seberang Takir)

Pelbagai hidangan daripada lebih 20 buah Foodtruck dihidangkan untuk anda semua.

Pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan dan jaga kebersihan di kawasan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020