September 17, 2020 | 0 |
KUALA TERENGGANU, 25 OGOS 2020 – Kunjung hormat dari Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) ke YPU yang diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Transformasi & Perdagangan Digital MATRADE, YBrs Tn Haji Amran Yem.
Kunjungan yang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU, YBhg. Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab tersebut adalah bagi membincangkan mengenai jalinan kerjasama antara MATRADE dan YPU dalam usaha membangunkan usahawan ke arah bidang eksport serta mempromosikan produk-produk keluaran usahawan Terengganu ke peringkat antarabangsa.