September 13, 2020 | 0 |
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos 2020 – Majlis Perasmian Kursus Pemasaran Digital eUsahawan Wanita Terengganu 2020 yang berlangsung di TD1303.
Kursus Pemasaran Digital eUsahawan Wanita Terengganu ini merupakan kerjasama ExxonMobil dan MDEC dan disokong oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Yayasan Di Raja Sultan Mizan (YDSM).
Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 10 Ogos 2020 ini menghimpunkan lebih 150 usahawan wanita golongan B40 bertujuan untuk membekalkan ilmu pemasaran digital khas kepada mereka.