September 8, 2020 0

Perasmian program PENJANA: Perlindungan Sosial & Latihan GIG Ekonomi (PERKESO)

Posted by:Webmaster YPU onSeptember 8, 2020

KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2020 – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Haji Wan Hapandi Wan Nik merasmikan program PENJANA: Perlindungan Sosial & Latihan GIG Ekonomi (PERKESO) Dengan Kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di Galeri A Pusat Dagangan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, YBhg. Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab dan Pengarah PERKESO Terengganu, YBhg. Puan Farihah Che Husin turut mengiringi YB Haji Wan Hapandi dalam program tersebut.

Pada program tersebut, wakil-wakil dari Foodpanda Terengganu turut hadir untuk menyertai program ini bagi membuat caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri sebanyak RM10,470.

Untuk makluman, pihak PERKESO menawarkan diskaun caruman sebanyak 70% dimana bagi caruman untuk tahun 2020, pihak yang mencarum di bawah skim ini hanya perlu membayar jumlam 30% sahaja daripada nilai caruman sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020