July 14, 2020 0

Taklimat Program Subsidi Upah PERKESO YPU

Posted by:Webmaster YPU onJuly 14, 2020

KUALA TERENGGANU, 8 JULAI 2020 – Satu taklimat mengenai Program Subsidi Upah Perkeso YPU daripada pegawai dari Bahagian Pembangunan Usahawan.

Antara soalan-soalan yang sering diajukan mengenai program ini adalah:

1) Adakah saya perlu mencarum selepas menyertai Program Subsidi Upah ini?
– Ya. Majikan wajib mencarum walaupun tidak berdaftar untuk menyertai Program Subsidi Upah.

2) Jika saya tiada pekerja, bolehkan saya mohon Program Subsidi Upah?
– Tidak. Program Subsidi Upah ini adalah untuk majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja.

3) Adakah saya layak memohon jika saya mengupah ahli keluarga sebagai pekerja?
– Layak jika anda sebagai majikan mencarum ahli keluarga anda sebagai pekerja.

4) Jika saya mengupah anak yang sedang bercuti belajar (part time) sebagai pekerja, adakah saya layak memohon?
– Tidak. Namun demikian, jika anda ingin mencarum anak anda sebagai pekerja sepenuh masa, anda layak untuk memohon.

5) Sampai bilakah program ini akan dilaksanakan?
– Program ini akan dibuka sehingga 30 September 2020

⚫ Untuk maklumat lanjut mengenai caruman anda boleh layari laman sesawang di bawah:
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020