July 14, 2020 | 0 |
BESUT, 7 JULAI 2020 – Sekitar Majlis Taklimat Usahawan Program Subsidi Upah & Sistem Insuran Pekerja bersama Perkeso dan YPU di Kota Putera Square, Besut.
Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Encik Ahmad Farhan Abdul Wahab dan Pengarah Perkeso Terengganu, Puan Farihah Che Husin.
Dianggarkan lebih 300 usahawan dari sekitar Besut telah hadir bagi mendapat pencerahan tentang program yang memberi manfaat kepada mereka ini.