July 13, 2020 0

Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) dan Tabung Pemulihan PKS Terengganu Covid-19

Posted by:Webmaster YPU onJuly 13, 2020

KUALA TERENGGANU, 10 JUN 2020 – Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) dan Tabung Pemulihan PKS Terengganu Covid-19 telah berlangsung di Dewan Konvonsyen YPU.

Seramai 77 usahawan dengan nilai RM815,401.42 menerima manfaat di bawah TUGAS, manakala bagi Tabung Pemulihan PKS Terengganu Covid-19 pula, seramai 144 usahawan telah menerima bantuan tersebut dengan nilai RM1.5 juta.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri merangkap Pengerusi YPU, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU, En. Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020