July 13, 2020 0

Lawatan dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ke Desa Ukiran Kayu, Besut.

Posted by:Webmaster YPU onJuly 13, 2020

BESUT, 23 JUN 2020 – Perbincangan antara Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dengan Ketua Pengarah MTIB, Yang Berbahagia Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani adalah bagi membangunkan seni ukiran kayu di Terengganu khususnya di Besut.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi YPU, Tuan Haji Zulkifli Yunus.

Selain itu, perjumpaan ini turut membincangkan potensi untuk membangunkan industri buluh di Terengganu.

Semoga dengan perbincangan ini akan memberikan lebih ruang kepada usahawan-usahawan di Terengganu untuk terus maju dalam bidang ukiran kayu serta industri buluh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020