December 10, 2019 0

Program Himpunan Usahawan Terengganu

Posted by:admin onDecember 10, 2019

KEMAMAN, 24 September 2019 – Seramai 1500 usahawan di sekitar Terengganu telah menyertai program Himpunan Usahawan Terengganu 2019 di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman disini. Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini telah dijayakan dengan kerjasama agensi di bawah PEUTER, YPU dan The Groomers. Usahawan disini dapat berdialog secara terus bersama YB Haji Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu serta wakil daripada agensi-agensi di bawah Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) berkait permasalahan atau cadangan yang boleh memperkasakan keusahawanan di Terengganu. Program ini turut diadakan sesi seminar keusahawanan – “A New Level Of Entrepreneurship” bersama Afnan Rosli, Influencer Kebahagiaan & Kejayaan.

   

   

   

   

   

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020