January 31, 2019 | 0 |
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2019 – Seramai 8 pengusaha PKS Terengganu menerusi YPU menyertai Ekspo 2019 Malaysia 2 Japan For 2020 Olympics yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia di Kuala Lumpur Convention Center disini. Program yang berlangsung selama 3 hari ini dijangka dapat membantu usahawan yang terlibat untuk mengembangkan lagi jaringan promosi produk masing-masing hingga ke Jepun.