March 7, 2018 | 0 |
KUALA TERENGGANU, 6 Mac 2018 – Majlis Penyampaian Cek Skim Pembiayaan YPU yang telah disampaikan oleh YBhg. Haji Rozali Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YPU mewakili YB Haji Mohd Iskandar Jaafar, Timbalan Pengerusi YPU di Dewan Serbaguna YPU. Sejumlah RM353,000.00 pinjaman telah diluluskan untuk dimanfaatkan oleh seramai 37 usahawan Negeri Terengganu pada hari ini. Bagi tempoh Januari – Disember 2017, sebanyak RM805,000.00 pembiayaan YPU telahpun dimanfaatkan kepada seramai 90 usahawan di seluruh negeri Terengganu.