December 31, 2017 | 0 |
DUNGUN, 28 Disember 2017 – Program Pasar Percuma yang diadakan bersama dengan Program Back To School anjuran KETENGAH & Pejabat DUN Bukit Besi di Kg. Kuala Jengai telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini dirasmikan oleh YB. Haji Roslee bin Daud, ADUN Bukit Besi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah YPU serta wakil Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Pengurus Besar KETENGAH, Yang DiPertua MAIDAM dan wakil pelbagai agensi lagi. YB. Haji Roslee Daud juga turut menyampaikan sumbangan kepada Warga Kg. Kuala Jengai yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang bagi menjayakan Program Pasar Percuma ini.