July 13, 2017 0

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT)

Posted by:admin onJuly 13, 2017

KUALA TERENGGANU, 13 Julai 2017 – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) mempunyai kelainan tersendiri yang diadakan hari ini di tapak parking hadapan bangunan UMNO negeri.

Sambutan kali ini juga menyediakan 11 buah kenderaan ‘Food Truck’ yang mana kebanyakannya dikendalikan oleh anak muda dalam negeri ini.

Pelbagai juadah yang disediakan dengan menggunakan khidmat peniaga-peniaga food truck dan secara tidak langsung dapat membantu anak muda untuk terus menceburi bidang berkenaan.

Menurut sumber BPUNT, pelbagai jenis makanan food truck disediakan dan diantara, burger, kambing bakar, aiskrim, keropok lekor, air buah segar dan pelbagai lagi.

Katanya, kelainan pada tahun ini juga BPUNT dapat membantu sedikit sebanyak anak muda yang menceburi bidang berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri dibawah Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcipta Terpelihara © YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU 2020