July 11, 2017 | 0 |
BESUT, 11 Julai 2017 – YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman membuat lawatan ke syarikat RD Papers di Kawasan Perindustrian Gong Badak bagi mendapatkan kerjasama untuk merealisasikan Kuala Besut sebuah kawasan yg terbersih. Melalui program ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat mendapat pendapatan tambahan melalui penjualan sampah terpilih dan menghargai kebersihan alam sekitar. Turut mengiringi YBM Tengku Zaihan ialah YM Engku Mohd Hairul Nizam Bin Tuan Ahmad, Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) pada sebelah petang. Turut memberi taklimat pada lawatan tersebut ialah Pemilik RD Papers, Puan Rozita Bt Derahman.