February 25, 2017 | 0 |
KEMAMAN , 25 Februari 2017 – Program Agropreneur Muda di Dewan Kompleks Rakan Muda, Chukai Kemaman telah menarik lebih daripada 400 orang anak muda menyertainya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB. Dato’ Ahmad Shabery Cheek. YPU turut sama memeriahkan program tersebut dengan menyertai pameran, ahli forum, moderator forum dan juga menyediakan khidmat biskaunselor INSKEN.