Perutusan Pengurus Besar PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 0
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Selasa, 06 Julai 2010 15:25

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Syukur kepada Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan visi dan misi YPU ke arah mewujud dan membangun keusahawanan EKS ke tahap global.

Kerajaan Negeri melalui YPU akan sentiasa membantu dan memastikan pembangunan keusahawanan negeri akan terus menjadi agenda utama. Kepentingan golongan usahawan dan EKS dalam membantu membangunkan ekonomi negeri tidak dapat dinafikan. Oleh itu, saya menyeru kepada semua agensi dan usahawan agar berganding bahu bagi melonjakkan ekonomi negeri ke tahap yang boleh dibanggakan.

Laman Web Rasmi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) diharap mampu menjadi alternatif kepada para usahawan khasnya dan masyarakat umum amnya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh YPU, mahupun oleh agensi keusahawanan yang lain.

Kepada para usahawan, jadikanlah YPU sebagai SAHABAT. Kita akan membantu sedaya upaya yang mungkin agar misi yang dirancang tercapai. Akhir kata, pihak Pengurusan YPU berharap agar laman web ini menjadi wadah penting dalam menyebarkan maklumat rasmi YPU kepada anda semua.

Sekian, terima kasih.

"MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"
"BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN"

( HAJI AZMI BIN RAZIK )
Pengurus Besar
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

Dikemaskini Pada Selasa, 06 Julai 2010 15:46
 
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu Portal Rasmi 1 Malaysia Laman Web MSC Malaysia Cube Mail YPU