| Menjadi Jutawan...Bukan Hanya Satu Jalan |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Isnin, 01 November 2010 12:27 |
|
Beberapa bulan lepas, saya telah didatangi oleh sepasang suami isteri yang ingin memberikan saya satu peluang yang akan membawa diri saya menuju dunia kebebasan kewangan. Apabila sebut sahaja tentang kebebasan kewangan, sudah pastinya semua orang inginkan perkara itu. Siapa yang tidak mahu hidupnya bebas dari segala hutang.. hidup dengan gembira tanpa perlu risau memikirkan tentang soal mencari duit sepanjang masa. Pada awal pertemuan, saya tidak banyak bercakap, saya lebih banyak melihat dan mendengar sahaja tentang peluang yang ingin mereka tawarkan. Setelah beberapa kali bertemu, dimana saya kurang seronok dengan pertemuan tersebut.. disebabkan ia mengambil masa saya yang sangat banyak iaitu sehingga larut malam sedangkan pada waktu tersebut, saya sepatutnya sedang beristirehat dan berseronok-seronok dirumah bersama keluarga,selain itu, saya juga terpaksa mengharungi jalan yang jem, membazir duit untuk minyak kereta, tol serta parking. Oh!.. biasalah.. orang kalau dah menyampah, semuanya dia nak berkira.. oh! Akhirnya.. saya mengambil keputusan dan menyatakan kepada mereka.. saya ingin berhenti dan tidak mahu lagi mengikuti langkah mereka. Mereka sebenarnya menawarkan saya satu peluang untuk menyertai sebuah syarikat MLM. Saya tidak nafikan, ramai orang yang telah berjaya dan menjadi jutawan dengan menyertai syarikat MLM ini. Tetapi itu orang lain.. bukan saya. Terus-terang saya katakan, buat masa ini, saya rasakan diri saya amat kurang sesuai untuk menceburi dunia MLM. Saya tidak boleh memberikan sebarang komitmen di dalam bidang ini. Saya tidak mempunyai masa untuk menjual produk, mencari oang dan datang mesyuarat setiap minggu, apatah lagi jika mesyuarat tersebut diadakan jauh dari tempat tinggal saya.. sudah tentunya, ia memerlukan kos serta masa yang sangat banyak, dan saya, tidak mampu untuk melakukan perkara itu. Saya tidak membenci MLM…malah saya amat menggalakkan jika ada rakan-rakan yang ingin menceburi bidang perniagaan MLM ini. (Dengan syarat MLM yg betul dan sah laa.) Cuma, bagi diri saya.. buat masa ini, saya masih belum lagi dapat menerima semula MLM sebagai salah satu cabang pendapatan saya. Ramai orang yang menyertai MLM beranggapan.. jika mereka ingin jadi kaya… hanya MLM sahajalah yang akan dapat memberikan mereka peluang itu. Hakikatnya tidak… Jadi.. jika ada orang MLM yang datang kepada saya dan mengatakan.. “Jadilah seorang jutawan dengan menyertai syarikat MLM kami…” Mohd Suhaimy |






