|
Ditulis Oleh Webmaster
|
|
Ahad, 11 Julai 2010 12:02 |
Skim Pinjaman Kecil (SPK) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh YPU yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada prinsip:
Ciri-Ciri Pembiayaan
-
Jumlah: Sehingga RM 5,000.00
-
Jangkamasa: Sehingga 24 bulan
-
Cagaran: Tiada
-
Kadar Caj Keuntungan: Tiada
-
Penjamin: Suami / Isteri / Adik-Beradik / Waris Terdekat
Aktiviti / Perniagaan Yang Ditawarkan Pembiayaan
-
Gerai Tetap: seperti gerai menjual makanan & minuman, gerai menjual barang-barang keperluan harian dan lain-lain.
-
Kedai Tetap: seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barangan runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan dan perhiasan, ubat-ubatan tradisional dan lain-lain.
-
Perniagaan Perkhidmatan: seperti jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, mekanik radio / TV, membaiki alat-alat elektrik dan lain-lain.
-
Pembuatan: industri kecil seperti memproses makanan, sos cili, kuih dan lain-lain.
Syarat-Syarat Permohonan
-
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah Bumiputera.
-
Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu.
-
Mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
-
Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Persekutuan.
-
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
-
Terlibat secara langsung dalam perniagaan (Owner Operating) serta beroperasi sepenuh masa.
-
Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
Dokumen Permohonan
-
Borang permohonan yang telah dipenuhi.
-
Lesen perniagaan, salinan kad pengenalan, gambar, permit perniagaan, Borang A&D (jika berkaitan).
-
Salinan Penyata Bank 4 bulan terkini.
-
Surat tawaran perniagaan / surat sokong.
Cara Memohon Pinjaman
-
Hubungi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan anda.
-
Dapatkan borang permohonan dan isi dengan lengkap.
-
Kemukakan borang permohonan anda kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
-
Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda.
-
Pengeluaran pinjaman akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
|
|
Dikemaskini Pada Rabu, 14 Julai 2010 09:37 |