26November2014

Malay Chinese (Simplified) English Hindi Indonesian Thai Turkish

YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU

Image not available
Image not available

Sebuah perbadanan yang diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTEE" (Jaminan Terhad) yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan Negeri Terengganu khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Image not available
Image not available

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN

Seminar Keusahawanan

Kursus Keusahawanan

Bengkel Keusahawanan

Image not available
Image not available
Image not available

Bagaimana Kami Membantu Usahawan?

Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available

Pusat Rujukan Setempat

Pembangunan Perniagaan

Peningkatan Kemahiran & Pembudayaan Keusahawanan

Premis Perniagaan

Pembiayaan

Skim Pinjaman Kecil

Skim Pinjaman Kecil (SPK) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh YPU yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada prinsip:

  • Al-Qardh Al-Hasan

 

Ciri-Ciri Pembiayaan

  • Jumlah: Sehingga RM 5,000.00

  • Jangkamasa: Sehingga 24 bulan

  • Cagaran: Tiada

  • Kadar Caj Keuntungan: Tiada

  • Penjamin: Suami / Isteri / Adik-Beradik / Waris Terdekat

 

Aktiviti / Perniagaan Yang Ditawarkan Pembiayaan

  1. Gerai Tetap: seperti gerai menjual makanan & minuman, gerai menjual barang-barang keperluan harian dan lain-lain.

  2. Kedai Tetap: seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barangan runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan dan perhiasan, ubat-ubatan tradisional dan lain-lain.

  3. Perniagaan Perkhidmatan: seperti jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, mekanik radio / TV, membaiki alat-alat elektrik dan lain-lain.

  4. Pembuatan: industri kecil seperti memproses makanan, sos cili, kuih dan lain-lain.

 

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah Bumiputera.

  2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu.

  3. Mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.

  4. Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Persekutuan.

  5. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.

  6. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (Owner Operating) serta beroperasi sepenuh masa.

  7. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.

 

Dokumen Permohonan

  1. Borang permohonan yang telah dipenuhi.

  2. Lesen perniagaan, salinan kad pengenalan, gambar, permit perniagaan, Borang A&D (jika berkaitan).

  3. Salinan Penyata Bank 4 bulan terkini.

  4. Surat tawaran perniagaan / surat sokong.

 

Cara Memohon Pinjaman

  1. Hubungi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan anda.

  2. Dapatkan borang permohonan dan isi dengan lengkap.

  3. Kemukakan borang permohonan anda kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

  4. Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda.

  5. Pengeluaran pinjaman akan dibuat setelah permohonan diluluskan.