| Skim Bantuan Pembangunan Produk |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Khamis, 26 Ogos 2010 14:07 |
|
Pengenalan Skim Bantuan Pembangunan Produk (SBPP) adalah salah satu usaha yang diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan untuk meningkatkan kualiti serta pasaran usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) tempatan agar lebih berdaya saing dan setanding di pasaran tempatan mahupun di pasaran global. Selain itu, ia dapat membantu meringankan kos penyediaan dan peningkatan kualiti produk tersebut. Syarat-syarat Permohonan
Untuk meningkatkan kualiti pembangunan produk disamping membantu memenuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Had Maksima Skim Bantuan : RM 2,500.00
Berbentuk geran dan dikhususkan kepada usahawan bimbingan yang memenuhi syarat produk SDSI dan boleh ditingkatkan ke taraf global. Bantuan adalah untuk membayar kos perundingan penyediaan dokumentasi ke arah memperoleh sijil GMP dan Halal.
Untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan pelabelan produk usahawan dalam usaha untuk meningkatkan daya saing produk di pasaran. Had Maksima Skim Bantuan : RM 2,000.00
Merupakan insentif secara percuma yang diperkenalkan oleh YPU dalam usaha membantu usahawan meluaskan produk dipasaran global dan mampu berdaya saing dengan produk lain. Had Maksima Skim Bantuan : 10 Produk Shj |






