|
Ditulis Oleh Webmaster
|
|
Ahad, 19 September 2010 15:33 |
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ketangan yang lain Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa Majulah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayukan gagah dinusantara
|
|
Dikemaskini Pada Ahad, 19 September 2010 15:48 |