Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2010 PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 0
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Isnin, 22 November 2010 10:54

PENGENALAN SDSI

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan salah satu usaha Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dalam meningkatkan pembangunan industri di negeri Terengganu mengikut sumber setempat yang perlu dimaju dan diketengahkan. Program ini dijangka akan dapat mempertingkatkan sosio ekonomi setempat melalui penglibatan dalam bidang pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan.

YPU berfungsi sebagai sekretariat bagi mengendali dan memantau pelaksanaan SDSI. Tujuh (7) daerah akan terlibat dalam pelaksanaan ini dengan sasaran seramai 14 usahawan tempatan akan diwujud dan dibangunkan setiap tahun dengan 2 usahawan bagi setiap daerah.

Fokus Pembangunan produk SDSI adalah berasaskan keupayaan sumber setempat di setiap daerah dan keupayaan kumpulan usahawan terbabit di daerah berkenaan. Perlaksanaan program SDSI diselaraskan dengan Rancangan Lima Tahun Negeri Terengganu, Kertas Kabinet ODOI dan juga Pelan Pembangunan IKS Negara.

KOMPONEN SDSI

Kuala Terengganu

  • Songket & Batik
  • Tembaga
  • Bot Tradisional
  • T'Lekor & T'Dagang
  • Makanan Tradisional

Kemaman

  • Otak-otak & Satar
  • Lemang

Besut

  • Ukiran Kayu
  • Kerepek
  • Makanan Tradisional
  • Makanan Berasas Padi

Setiu

  • Urutan Tradisional & Herba
  • Cempedak, Labu Manis & Nenas

Dungun

  • Seramik
  • Rempeyek
  • Limau Madu & Buah Salak
  • Homestay Pasir Raja

Marang

  • Anyaman
  • Dodol Daun Palas
  • Nira
  • Produk Berasas Laut

Hulu Terengganu

  • Homestay & Tasik Kenyir
  • Jagung
  • Ikan Kelah & Patin

FUNGSI DAN PERANAN SDSI

  1. Membuat kajian menaik taraf dan penempatan industri
  2. Pengumpulan maklumat usahawan dan maklumat industri
  3. Menyediakan kemudahan dan bantuan teknikal untuk pembangunan industri
  4. Program Pembangunan Produk Program Pembangunan Pemasaran Produk
  5. Program pembangunan usahawan
  6. Pemantauan dan penyeliaan

MATLAMAT DAN SASARAN SDSI

  1. Kearah meningkatkan bilangan industri disetiap daerah dan menggiatkan pertumbuhan industri desa sebagai penjana pembangunan sosio-ekonomi setiap daerah.
  2. Sebagai strategi meningkatkan taraf hidup pengusaha desa dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat persekitarannya.
  3. Membangun 14 orang usahawan setahun dengan kadar 2 orang usahawan di setiap daerah.
JADUAL ATURCARA PROGRAM SDSI 2010
Muat Turun Jadual: 
JADUAL ATURCARA PERASMIAN PENUTUP SDSI 2010
Muat Turun Jadual: 

Dikemaskini Pada Isnin, 22 November 2010 11:58