Piala Seri Iman 2010 PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 1
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Ahad, 21 November 2010 23:00

Pengenalan

Piala Seri Iman adalah merupakan pertandingan yang bermatlamat untuk melahirkan pelapis-pelapis baru dalam industri batik amnya dan kraf yang lain khususnya. Selain itu juga Piala Seri Iman ini bertujuan untuk memberi peluang untuk pereka mencetuskan idea yang baru agar hasil seni ini akan terus berkembang sejajar perkembangan seni batik dan fesyen semasa  agar sentiasa mengikut arus permodenan.

Inspirasi Darul Iman, Cetusan Sejuta Ilham adalah merupakan gambaran yang tepat bagi pertandingan ini. Terengganu merupakan negeri yang kaya dan maju dengan hasil seni dan budaya dari segi alam semulajadi sehingga hasil-hasil kraftangan. Alam semulajadi merujuk kepada keunikan hutan contohya di Kenyir sehingga di lautan Redang. Sewajarnya Terengganu sesuai dengan ungkapan Inspirasi Darul Iman, cetusan sejuta ilham.

Industri seni ini sudah beratus tahun bertapak di Terengganu, kita sudah mempunyai pelbagai lapisan seni, dan sentiasa silih berganti,jadi Piala Seri Iman merupakan salah satu landasan tanggungjawab agar seni ini berterusan hingga pada ke masa hadapan.

Pertandingan Piala Seri Iman memberi inspirasi baru kepada peserta dan pereka fesyen batik di negeri ini untuk mempersembahkan hasil rekaan masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pertandingan tahunan ini adalah platform terbaik kepada generasi muda di negeri ini untuk kekal mengungguli fesyen tersebut. Pertandingan ini berjaya mencipta nama dan melahirkan beberapa pengusaha batik Terengganu di luar negara termasuk London, China dan Jerman.

Penganjuran pertandingan ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan mewujudkan rekacorak, reka fesyen, rekaan sarung dan kraf yang dapat menyerlahkan lagi keanggunan batik Terengganu.  Berdasarkan objektif pertandingan ini pengusaha dan kraf tempatan perlu berusaha lebih gigih dan pantas dalam memartabatkan lagi industri batik tempatan agar terus berkembang pesat serta memperkenalkan nama Terengganu sebagai pengeluar batik di persada antarabangsa.

Pertandingan Piala Seri Iman berlangsung setiap tahun sejak 2005. Hasrat Piala Seri Iman tidak hanya tertumpu pada Negeri Terengganu tetapi pada seluruh Malaysia bagi mengenengahkan rekacorak batik yang lebih kontemporari dan diterima di peringkat global.

Objektif

  • Untuk memperkayakan rekacorak tekstil  Terengganu yang bercorak dan bertemakan Terengganu.

  • Untuk memberi ruang kepada pereka dan pengusaha batik, songket  seluruh Malaysia amnya dan khususnya Negeri Terengganu khasnya bagi menghasilkan rekaan batik yang lebih komersil.

  • Membuka minda pereka dan pengusaha batik dalam mempelbagaikan serta memperkayakan rekabentuk fesyen batik yang berkonsepkan ANGGUN DAN SOPAN.

  • Untuk memajukan industri batik, songket serta industri kraf yang lain dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang industri batik.

  • Ke arah mengembangkan kreativiti rekaan batik yang mampu dikomersilkan secara meluas diperingkat domestik dan antarabangsa.

Dikemaskini Pada Isnin, 22 November 2010 12:30