| Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011 |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Rabu, 19 Januari 2011 16:15 |
|
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dengan kerjasama D'ZA Music Entertainment akan menganjurkan Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011 yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu. Festival yang akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 10 - 12 Februari 2011 ini dijangka akan dapat menarik minat pengunjung untuk datang ke festival tersebut khususnya kepada bakal pengantin baru. Pelbagai produk pengantin termasuklah fesyen-fesyen baju pengantin terkini serta pelamin yang kini berwajah baru yang mungkin boleh memenuhi citarasa pengunjung ataupun bakal pengantin baru boleh didapati di festival tersebut. Sebanyak 68 lot telah mengesahkan untuk membuka booth jualan di festival yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Pelbagai acara sampingan akan disediakan oleh penganjur seperti Pertunjungan Fesyen Pengantin, Gubahan Ukiran Buah-buahan, Pertandingan Bintang Kecil, Persembahan Pentas dan banyak lagi. |
| Dikemaskini Pada Rabu, 19 Januari 2011 16:29 |






