Lawatan Kerja Ke MyIPO PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 0
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Khamis, 10 Jun 2010 09:04

Kuala Lumpur, 10 Jun 2010 - Lawatan kerja delegasi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Sistem Pendaftaran Cap Dagangan, Sistem Pendaftaran Paten, Sistem Reka Bentuk Perindustrian dan Sistem Hakcipta di Malaysia.

 

Lawatan kerja tersebut telah dihadiri oleh Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Azmi Razik dan diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Razak Sulaiman serta tujuh orang pegawai yang mewakili bahagian di YPU.

Taklimat tersebut telah dikelolakan oleh En. Azahar Razab (Sistem Pendaftaran Cap Dagangan), En. Abdul Rahman Ramli (Sistem Pendaftaran Paten), En. Faiizuddin Mohd Sharuji (Sistem Reka Bentuk Perindustrian) dan Pn. Shahida Nafisha Jamaludin (Sistem Hakcipta).

Berbagai-bagai soalan telah diajukan dalam taklimat tersebut dalam memahami secara terperinci penggunaan sistem tersebut supaya ianya dapat diimplementasikan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selain itu, ianya diharap dapat digunapakai oleh YPU dalam tujuan murninya untuk membantu para usahawan agar dapat mengkomersilkan produk mereka ke satu tahap yang lebih tinggi ataupun ke peringkat global.

Dikemaskini Pada Selasa, 17 Ogos 2010 14:13
 

Hyperangkai

MyGovernment MAMPU Terengganu 1 Malaysia MSC Malaysia Webmel YPU HALAL Malaysia SME Corp Malaysia Portal MITI MATRADE