02September2014

Malay Chinese (Simplified) English Hindi Indonesian Thai Turkish

YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU

Image not available
Image not available

Sebuah perbadanan yang diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTEE" (Jaminan Terhad) yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan Negeri Terengganu khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Image not available
Image not available

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN

Seminar Keusahawanan

Kursus Keusahawanan

Bengkel Keusahawanan

Image not available
Image not available
Image not available

Bagaimana Kami Membantu Usahawan?

Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available
Image not available

Pusat Rujukan Setempat

Pembangunan Perniagaan

Peningkatan Kemahiran & Pembudayaan Keusahawanan

Premis Perniagaan

Pembiayaan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57

YPUT Keluar Keropok Lekor Berperisa Herba

KUALA TERENGGANU, 7 Februari 2012 - Peminat keropok lekor boleh menikmati makanan popular negeri Terengganu itu dalam pelbagai perisa lain termasuk herba seperti tongkat ali dan kacip fatimah tidak lama lagi.

Ia berikutan kesediaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) untuk mengeluarkan makanan tersebut dengan kerjasama syarikat seratus peratus bumiputra muslim, Sidratul Corporation Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata, rasa dan mutu keropok akan dipertingkatkan dan langkah itu dilakukan sebagai persediaan pihaknya untuk membawa jenama tersebut ke pasaran antarabangsa seperti Indonesia.

"Bagi menjayakannya, Sidratul Corporation Sdn. Bhd. akan menjalankan kajian penyelidikan di kilang mereka di Kuala Kangsar, Perak dan produk ini bakal dikeluarkan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Sidratul Corporation Sdn. Bhd. di Dewan Konvensyen YPU, Pusat Dagangan Terengganu di sini.

Melalui MoU itu, Sidratul Corporation Sdn. Bhd. akan menggunakan segala kemahiran dan kepakaran mereka menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan mutu produk dengan menggunakan Amalan pengilangan Islam (IMP).

Sementara itu, Pengarah Sidratul Corporation Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Arshad berkata, pihaknya banyak menjalankan projek mengeluarkan produk makanan halal melalui IMP yang halalan toyyiba seperti tepung pisang.

Penyampaian Cenderamata IMP oleh Pengarah Sidratul Corporation Sdn. Bhd. kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPU
Penyampaian Cenderamata IMP oleh Pengarah Sidratul Corporation Sdn. Bhd. kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPU

Katanya, matlamat syarikat itu adalah menghasilkan pelbagai produk halal mengikut cara islam untuk keperluan seharian masyarakat muslim.

"Kita tahu, kebanyakkan produk makanan sekarang dikuasai oleh golongan bukan Islam. Oleh itu, kita ingin mengeluarkan produk sendiri. Dengan cara ini soal keraguna status halal makanan yang kita makan akan dapat diselesaikan," katanya.

Sumber dipetik dari Akhbar Sinar Harian, 17 Februari 2012