Lawatan Kerja Y.B Dato SUK Kelantan Ke YPU PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 0
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Selasa, 04 Oktober 2011 17:30

KUALA TERENGGANU, 3 Oktober 2011 -- Lawatan kerja oleh Y.B Dato’ Dr. Zainuddin Haji Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa orang delagasi daripada Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

 

Ketibaan Y.B Dato’ SUK Kelantan di sambut oleh Pegawai dari YPU
Ketibaan Y.B Dato’ SUK Kelantan di sambut oleh Pegawai dari YPU

Antara  delegasi yang turut sama dalam lawatan kerja tersebut ialah Hj. Roslan Hassan, pegawai SUK Kelantan, Hj. Mohd Farid Dato’ Hj. Abd. Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan pegawainya, En Mohd Mukhlis Hj. Mokhtar selaku Pengurus Agribisnes KPKB.

Taklimat oleh Ketua Eksekutif YPU
Taklimat berkenaan dengan YPU oleh Ketua Eksekutif YPU

Ketibaan rombongan tersebut telah di sambut oleh Y. Bhg. Hj. Azmi bin Razik, Ketua Pegawai Eksekutif YPU dan timbalannya Haji A. Razak Sulaiman serta  semua Pegawai  dari YPU.  Tujuan Lawatan kerja tersebut adalah bagi bertukar-tukar fikiran serta taklimat berkenaan YPU terutama sekali berkenaan perlaksanan rangkaian Kedai Serbaneka T’Shoppe.

Lawatan ke premis T'Shoppe Durian Burung
Lawatan ke premis Kedai Serbaneka TShoppe Durian Burung, Kuala Terengganu.

Pelbagai isu-isu yang telah diketengahkan dalam sesi taklimat selama sejam tersebut dan Y.B. Dato' SUK Kelantan bersetuju pelaksanaan rangkaian Kedai Serbaneka T'Shoppe ini adalah amat bertepatan dalam usaha membantu pengusaha-pengusaha IKS tempatan yang kini menghadapi masalah dalam memasarkan produk-produk mereka.

Beliau turut menyatakan rasa berminat dengan konsep rangkaian Kedai Serbaneka T'Shoppe tersebut dan memohon supaya YPU dapat membantu dalam membangunkan konsep rangkaian Kedai Serbaneka yang sama di Kelantan.

Turut diadakan lawatan singkat delegasi ke Premis T'Shoppe Durian Burung, Kuala Terengganu.

Penyampaian Cenderamata oleh Ketua Eksekutif YPU
Penyampaian Cenderamata oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPU

Dikemaskini Pada Selasa, 04 Oktober 2011 18:05