SME Bank Sedia Bantu YPU Dalam Membangunkan Usahawan Peruncitan PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 1
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Isnin, 30 Mei 2011 00:00

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2011 - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mendapat kerjasama daripada SME Bank dalam membangunkan usahawan peruncitan menerusi kemudahan pembiayaan yang akan disediakan.

Kamaluddin Bin Ismail, Pengarah  Perbankan Enterprise SME Bank Kuala Lumpur menegaskan bahawa pihak SME Bank akan memberi kerjasama kepada pihak YPU dalam usaha membangunkan usahawan peruncitan semasa menerima kunjung hormat oleh Y.B. Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu.

Turut sama menghadiri kunjung hormat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Bin Razik, Timbalan Pegawai Eksekutif YPU, Haji A. Razak Bin Sulaiman dan beberapa pegawai daripada YPU. Turut hadir adalah seramai 9 orang pegawai daripada SME bank pada kunjungan hormat tersebut.

Menerusi Memorendum persefahaman yang akan dilaksanakan nanti kedua-dua pihak akan mengenal pasti beberapa perkara yang boleh diambil bagi mengadakan program khasnya untuk  membangunkan usahawan di negeri Terengganu. Pihak SME Bank juga akan turut mengenal pasti beberapa kemudahan pembiayaan yang boleh disalurkan  kepada usahawan yang telah dikenalpasti oleh YPU.

Wan Baharuddin Bin Wan Ismail, Ketua Bahagian Pengurusan Jaringan Perniagaan  telah menyampaikan taklimat mengenai SME Bank kepada ahli rombongan daripada YPU. Mengulas lanjut  mengenai kunjung Hormat tersebut, Y.B Dato’ Haji Mohamed Bin Awang Tera menyuarakan  kepuasan hati beliau menerusi komitmen yang telah diberi oleh SME Bank untuk membantu Usahawan Terengganu terutama dalam bidang peruncitan dan bagi pihak YPU ekan member kerjasama penuh dalam mencapai perkara yang telah dibincangkan antara kedua-dua pihak.