YPU Sasar 100 Buah Kedai T'Shoppe Dalam RMK-10 PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 2
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Rabu, 23 Mac 2011 00:00

 

KUALA TERENGGANU, 23 Mac 2011 - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) merancang untuk mewujudkan 100 buah kedai T'Shoppe di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Timbalan Pengurus Besar YPU, Haji A. Razak Sulaiman berkata setakat ini YPU sudahpun mewujudkan 18 buah T'Shoppe di beberapa buah negeri, termasuk di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak 2009.

"Semua 18 kedai T'Shop itu beroperasi 24 jam, kecuali di kampus UUM beroperasi 12 jam dan tahun ini kita rancang akan wujudkan 10 buah T'Shoppe di Terengganu dan luar Terengganu," katanya.

A Razak berkata T'Shoppe bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan melaksanakan perniagaan peruncitan secara bersistem mengikut model yang telah disediakan.

Beliau berkata usahawan berkenaan perlu menyediakan sebanyak RM100,000 untuk membeli peralatan kedai sementara YPU akan memberi pinjaman modal sebanyak RM50,000.

Beliau berkata YPU juga banyak menerima pertanyaan daripada usahawan Terengganu dan luar Terengganu yang berminat untuk membuka T'Shoppe.

A. Razak berkata mulai tahun ini, YPU akan memberikan fokus kepada semua kedai T'Shoppe yang beroperasi 24 jam supaya dapat bersaing dengan kedai 24 jam yang lain.

Ini temasuk dari segi penyediaan bekalan produk jualan, barangan pengguna dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), katanya.

Dalam perkembangan lain, A Razak berkata YPU akan meneruskan projek air nira nipah walaupun pengeluarannya tidak konsisten disebabkan kekurangan bekalan.

Menurutnya, YPU kini hanya mampu mengeluarkan sebanyak kira-kira 4,000 botol air nira nipah sahaja setahun dan ia tidak mampu untuk memenuhi permintaan.

 

Dikemaskini Pada Selasa, 29 Mac 2011 09:15