| YPU Anjur Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Selasa, 08 Mac 2011 00:00 |
|
KUALA TERENGGANU, 8 Mac 2011 - Ke arah memperbaiki dan memperlengkap Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) sebagai salah sebuah badan Korporat yang dinamik, YPU telah menganjurkan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) yang telah diadakan pada 6 Mac 2011 dan 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Konvensyen YPU.
Bengkel selama 2 hari tersebut telah di sertai oleh Ketua pegawai Eksekutif YPU, Y. Bhg. Tn. Haji Azmi Bin Razik dan timbalannya serta 37 orang pegawai dan kakitangan YPU yang telah dikendalikan oleh penceramah INTAN Wilayah Timur, Amran bin Haji Awang.
Tn. Hj. Azmi bin Razik telah menyatakan bahawa bengkel yang diadakan itu dapat memberi pemahaman menyeluruh tentang pentingnya MPK dan FM dalam pengurusan YPU. Beliau turut menyatakan bahawa ianya akan memberi gambaran menyeluruh berkenaan dengan fungsi YPU selain merekod cara bekerja secara sistematik dan mempunyai prosedur yang jelas bagi tiap-tiap aktiviti.
|
| Dikemaskini Pada Ahad, 13 Mac 2011 11:53 |








