Terengganu Catat Kejayaan Cemerlang Di Showcase SDSI 2010 Peringkat Kebangsaan Di MITC Melaka PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 0
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Ahad, 12 Disember 2010 00:00

Melaka 12 Disember 2010 - Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu buat julong-julong kalinya  telah mencatat kejayaan yang cemerlang pada Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Showcase 2010 peringkat kebangsaan  yang telah diadakan di  Melaka International Trade Centre ( MITC ) pada 10 – 12 Disember 2010. Showcase SDSI anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI )  yang kali keenam telah disertai oleh semua Negeri serta agensi-agensi keusahawanan dan usahawan dari seluruh negeri.

Terengganu telah berjaya menjadi Naib Juara Keseluruhan dengan mengondol hadiah sebanyak RM150,000.00 . Terengganu juga berjaya mencatat kejayaan dengan memenangi Hadiah bagi Kategori Produk Tekstile Terbaik – Songket, manakala bagi kategori Produk Minuman ( Roselle ) dan Ukiran Kayu, Terengganu  telah berjaya mendapat tempat kedua. Hadiah bagi Tempat pertama adalah sebanyak RM5000.00 dan tempat kedua pula adalah sebanyak RM4000.00.

Program Showcase SDSI 2010 tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mewakili Timbalan Pedana Menteri Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka ,Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Majlis Penutup  dan penyampaian hadiah pula telak disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Haji Mohamad Awang Tera serta Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik serta Pegawai yang mewakili setiap daerah turut sama dalam majlis perasmian tersebut.

SDSI 2010 yang bertemakan 1Daerah, 1Industri, 1Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama kerajaan Melaka.Ia menyaksikan penyertaan sebanyak 570 pempamer dari seluruh negara yang meliputi semua negeri, selain sekumpulan delegasi pembeli perdagangan dari China yang diwakili China Foreign Trade Center dan Taiwan.

Program SDSI 2010  adalah bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan mengenai peluang perniagaan dalam dan luar negara untuk diterokai, disamping menggalakkan minat dan sikap positif masyarakat terhadap produk serta perkhidmatan desa.  Seramai 120,000 pengunjung melawat pameran sepanjang tiga hari ianya berlangsung.

Pavilion Negeri Terengganu telah mendapat sambutan amat menggalakan daripada pengunjung  dengan mencatat jualan yang amat meberangsangkan sekali. Ianya turut diserikan  dengan persembahan Kombo Tradisional dari Aseni dan demostrasi produk oleh usahawan tempatan.

 

Dikemaskini Pada Isnin, 20 Disember 2010 15:09