| Hanya 10 Peratus Produk Tempatan Di Pasar Raya Besar |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Isnin, 15 November 2010 01:12 |
|
Pengarah Kanan Komersial Mara, Rosdi Ismail menegaskan, kekangan syarat itu dianggap salah satu punca yang mencengkam pengusaha tempatan bagi menembusi pasaran. Sehubungan itu, beliau meminta syarikat terlibat tidak 'mengecilkan pintu' malah membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada usahawan tempatan. "Kita akui beberapa syarat yang ditetapkan tidak membantu usahawan terutamanya usahawan mikro dan kecil. Pun begitu, kita perlu memikirkan satu mekanisme yang menguntungkan kedua-dua belah pihak agar produk tempatan tidak hanya terkongkong dalam pasaran kecil-kecilan. "Di Terengganu sendiri, pasar raya Mydin, Giant, Sabasun dan Mesra Mall banyak membantu memasarkan produk tempatan di negeri ini dalam usaha membawa jenama-jenama tempatan ke pasaran luar negeri itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Zon Timur 2010 di Dataran Shahbandar di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Azmi Razik. Karnival yang julung kalinya diadakan itu melibatkan 100 usahawan dari tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 13 November ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran, jualan, demonstrasi, ceramah serta pertandingan menyanyi bagi memeriahkan karnival berkenaan. Tambahnya, mengikut bancian ekonomi Jabatan Perangkaan Negara 2006, terdapat seramai 26,374 usahawan terlibat dalam sektor pembuatan di negara ini. ''Daripada jumlah tersebut, seramai 6,641 orang adalah usahawan bumiputera manakala 2,547 usahawan dari Zon Timur iaitu Terengganu (1,152), Kelantan (1,036) dan Pahang (359). "Melihat pada bancian tersebut ternyata usahawan dari tiga buah negeri ini memainkan peranan penting dalam pendapatan ekonomi negara pada masa kini. "Bagaimanapun, daripada jumlah besar usahawan bumiputera itu hanya 58 syarikat milik bumiputera yang berjaya menjalankan perniagaan melibatkan eksport dengan keuntungan RM31.3 juta atau hanya lapan peratus daripada pendapatan keseluruhan iaitu RM390.7 juta," ujarnya. Dalam perkembangan yang sama, beliau turut meminta usahawan tempatan berani meneroka bidang pembuatan baru selain makanan, minuman dan tekstil. "Saya percaya potensi bidang pembuatan seperti kosmetik, alatan elektrik, petrokimia dan sejuk beku masih terbuka luas untuk usahawan terokai,'' ujarnya.
|
| Dikemaskini Pada Isnin, 22 November 2010 18:04 |







KUALA TERENGGANU 10 November - Hanya 10 peratus produk tempatan yang mengisi ruang di pasar-pasar besar di negara ini ekoran syarat-syarat ketat dikenakan oleh pengendalinya.