Terengganu Akan Promosi Batik Di Perancis, Itali, Sepanyol PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 1
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Khamis, 10 Jun 2010 00:00

Kuala Terengganu, 9 Jun - Kerajaan Terengganu akan mengadakan promosi batik dan songket di Perancis, Itali dan Sepanyol pada oktober ini dalam usahanya untuk memperkenal dan mempopularkan tekstil itu di luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) Azmi Razik berkata delegasi akan diketuai Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan akan dibuat di Paris, Milan dan Barcelona.

“Promosi selama seminggu itu akan disertai pengusaha batik dan songket serta usahawan Terengganu,” katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Mengulas perkembangan berkaitan, Azmi berkata YPU akan membuka kedai T’Craftf pertama di Melaka International Trade Centre pada 12 Jun ini yang akan menjual pelbagai barangan kraf Terengganu.

Kita merancang untuk membuka T’Craftf di setiap bandar utama di Semenanjung bagi membolehkan rakyat negeri ini membeli kraftangan Terengganu, katanya.

Mengulas mengenai T’Shop, Azmi berkata YPU mensasarkan 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2013.

Sehingga kini terdapat 11 cawangan T’Shop di Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor, katanya.

 

Dikemaskini Pada Khamis, 28 Oktober 2010 12:46