| Ekspo Kesedaran Harta Intelek IKS Zon Timur 2010 - Ke Arah Memperkasakan Usahawan |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Rabu, 06 Oktober 2010 15:42 |
|
Ekspo yang merangkumi seminar, jualan produk dan perkhidmatan, kaunter khidmat nasihat daripada agensi berkaitan, aktiviti pentas serta persembahan daripada artis tempatan dan jemputan.
Ekspo ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat lanjut mengenai cara bagaimana usahawan boleh membuat pendaftaran, mengurus harta intelek, mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah-masalah perlanggaran harta intelek dan bagaimana mereka boleh mengeksploitasi hak harta intelek mereka bagi menjana pendapatan dan menjadikan harta intelek sebagai satu aset yang menguntungkan. Penyediaan kaunter khidmat nasihat dan carian atas talian yang diberikan secara PERCUMA. Harta intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana penghasilan harta intelek berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan. Harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia ialah Paten (Rekacipta), Cap Dagangan (Logo), Reka Bentuk Perindustrian (Rupa Bentuk), Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu. Seminar khusus untuk usahawan akan diadakan pada 9 Oktober 2010 dan dibuka untuk semua usahawan. Penganjur juga mengadakan 100 gerai bagi menggalakkan usahawan untuk turut serta dalam menjayakan ekspo ini di samping mempromosikan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan-usahawan tersebut. |
| Dikemaskini Pada Rabu, 06 Oktober 2010 15:57 |






