| Pengiktirafan 5S Kepada YPU |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Khamis, 01 Julai 2010 09:37 |
|
Kuala Terengganu - YPU HEBAT!!! Begitulah yang dilaungkan oleh Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Azmi Bin Razik bersempena dengan kejayaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang telah diiktiraf sebagai salah satu organisasi yang mendapat Pengiktirafan 5S melalui Pengauditan 5S pada 30 Jun 2010 yang telah diaudit oleh En. Kamaruzzaman Bin Kasim selaku Pengaudit YPU daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) disaksikan oleh Pengurus Besar YPU, Tuan Haji Azmi Bin Razik dan juga Timbalan Pengurus Besar YPU, Tuan Haji A. Razak Bin Sulaiman. YPU telah melancarkan Pelaksanaan 5S terhadap YPU yang telah dirasmikan oleh Pengerusi YPU dan juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Y.B. Dato' Haji Mohamed Awang Tera pada 25 Januari 2010. Pelaksanaan 5S telah disertai oleh seluruh kakitangan YPU melalui pelbagai aktiviti, kursus-kursus pengauditan dalaman 5S, gotong-royong 5S dan juga lawatan ke organisasi yang telah mendapat pengiktirafan 5S. Selain itu, dengan pelaksanaan ini dapat membantu meningkatkan mutu kebersihan tempat kerja di YPU dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan mutu kerja kakitangan di YPU dan juga kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh YPU kepada pelanggan-pelanggan serta usahawan-usahawan YPU.
|
| Dikemaskini Pada Isnin, 16 Ogos 2010 09:56 |






