Perutusan Pengerusi PDF Cetak E-mail
Kualiti Artikel: / 4
Kurang MemuaskanSangat Memuaskan 
Ditulis Oleh Webmaster   
Selasa, 06 Julai 2010 15:21

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

 

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). Selamat berusaha kepada para usahawan. Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua usahawan, peniaga dan bakal usahawan agar memanafaatkan perkembangan teknologi terkini untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keusahawanan. Pengujudan laman web rasmi ini merupakan salah satu alternatif yang berkesan untuk menyampaikan informasi keusahawanan.

Sesungguhnya ilmu dan pengalaman adalah berjalan seiringan. Oleh itu, timbalah ilmu sebanyak yang mungkin untuk meningkatkan prestasi jualan dan pengalaman akan mengajar anda untuk lebih maju dan berdaya saing. Akhir kata, semoga pengujudan laman web rasmi ini mampu menjadi alternatif ke arah mewujudkan usahawan bestari ke tahap global.

 

Sekian, terima kasih.

"MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"

(YB DATO' MOHAMED AWANG TERA)
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri

Dikemaskini Pada Ahad, 03 April 2011 13:09