| Perutusan CEO |
|
|
|
| Ditulis Oleh Webmaster |
| Selasa, 06 Julai 2010 15:25 |
|
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Syukur kepada Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan visi dan misi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ke arah mewujud dan membangunkan keusahawanan EKS ke tahap global. Kerajaan Negeri melalui YPU akan sentiasa membantu dan memastikan pembangunan keusahawanan negeri akan terus menjadi agenda utama. Kepentingan golongan usahawan dan EKS dalam membantu membangunkan ekonomi negeri tidak dapat dinafikan. Oleh itu, saya menyeru kepada semua agensi dan usahawan agar berganding bahu bagi melonjakkan ekonomi negeri ke tahap yang boleh dibanggakan. Laman Web Rasmi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) diharap mampu menjadi alternatif kepada para usahawan khasnya dan masyarakat umum amnya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh YPU, mahupun oleh agensi keusahawanan yang lain. Kepada semua para usahawan, jadikanlah YPU sebagai SAHABAT. Kita akan membantu sedaya upaya yang mungkin agar misi yang telah dirancang tercapai. Akhir kata, pihak Pengurusan YPU berharap agar laman web ini boleh menjadi wadah penting dalam menyebarkan maklumat rasmi YPU kepada anda semua.
Sekian, terima kasih. "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN" ( HAJI AZMI BIN RAZIK ) |
| Dikemaskini Pada Isnin, 22 November 2010 15:28 |







