Guest Info

Your IP:
38.107.179.233
United States United States :
Browser:
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System:
Unknown Operating System Unknown Operating System
Kolaborasi Persefahaman Antara YPU Terengganu dan SME Bank PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Webmaster   
Wednesday, 09 November 2011 00:00

KUALA TERENGGANU, 9 November 2011 - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) mewujudkan kolaborasi rasmi dengan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dalam melaksanakan program-program khas di negeri Terengganu.

 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Terengganu, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Setiausaha Bahagian Pengupayaan Ekonomi, Kementerian Pembangunan Luar bandar dan Wilayah (KKLW), Encik Zazali Salehudin dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik.

Dato' Seri Ahmad Said memberitahu, kerajaan negeri melalui YPU telah menyusun dan menggerakkan pelbagai program dan projek keusahawanan termasuk PFK.

Katanya, peruntukan RM1 juta setahun bermula 2009 disalurkan sebagai pinjaman mudah kepada usahawan terpilih bagi menjalankan perniagaan.

"Sehingga hari ini 19 buah T-Shoppe, 6 buah T-Kafe dan sebuah butik T-Crafts telah berjaya menjalankan operasi di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dato' Mohamed Awang Tera berkata, bagi tempoh 2010-2013, 100 buah T-Shoppe dirancang untuk dibuka di dalam dan luar negeri Terengganu dengan anggaran kos sebanyak RM11 juta.

Dalam tempoh yang sama, kerajaan negeri melalui YPU juga merancang untuk menambah bilangan pembukaan T-Kafe, T-Crafts dan T-Lodge yang dijangka memberi pulangan yang berkesan kepada pencapaian objektif pelaksanaan program di bawah T-Brand dan kos peruntukan dianggarkan sebanyak RM10 juta, katanya.

Selain itu, Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, dua program yang hanya khusus untuk negeri ini adalah Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT) dan Program Satu Industri Satu Daerah (SDSI) untuk songket dan batik.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan SME Bank di Wisma Darul Iman di sini.

“Pencapaian ini amat terkehadapan berbanding negeri-negeri lain dan keupayaan golongan usahawan negeri ini berwibawa dan berdaya maju telah meyakinkan pihak kami,” katanya.

Katanya juga, kerjasama strategik yang dijalinkan ini akan menjadi satu lagi tanda aras hubungan baik bank dengan kerajaan negeri dalam bidang pembangunan keusahawanan IKS tempatan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya telah meluluskan ‘Program Managed Lending’ atau PML di mana sebarang permohonan di bawah kerjasama ini mendapat perhatian khusus serta diberi keutamaan dari segi pemerosesan syarat dan asas pembiayaan.

“Sebagai sebuah badan keusahawanan negeri yang berwibawa, saya yakin YPU mampu melahirkan usahawan berdaya maju dan berdaya saing,” katanya.

MoU tersebut merupakan jalinan kerjasama strategik YPU dan SME Bank dalam membangunkan rangkaian kedai T-Shoppe, T-Crafts, T-Kafe dan T-Lodge di samping inisiatif lain ke arah pembangunan keusahawanan di negeri ini melalui Program Flagsip Keusahawanan (PFK).

 

Updated on Sunday, 13 November 2011 16:44