Guest Info

Your IP:
38.107.179.233
United States United States :
Browser:
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System:
Unknown Operating System Unknown Operating System
YPU Terlibat Dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Webmaster   
Thursday, 23 June 2011 00:00

KPDNKK, 23 Jun 2011 - Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif sedang bergiat dijalankan. Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama pengusaha hypermarket tempatan tempatan dan asing iaitu Mydin, Tesco dan Carefour. Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga sedang mentransformasikan kedai-kedai koperasi di seluruh negara.

Pada hari ini, sebanyak empat (4) lagi syarikat/agensi menunjukkan minat bagi membantu kerajaan mentransformasikan kedai-kedai runcit trafisional iaitu Aeon Co. (M) Bhd. (AEON), Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. (ECONSAVE), Sunshine Wholesale Mart Sdn. Bhd. (SUNSHINE) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). Syarikat/agensi ini akan bertindak sebagai konsultan dengan memberi khidmat nasihat, penyediaan planogram, latihan peruncitan dan sebagainya. Usaha ini dilakukan secara Corporate Social Responsibility untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.

Sehingga 23 Jun 2011, sebanyak 1,705 pengusaha kedai runcit telah ditemui dan sebanyak 300 pengusaha telahpun menyatakan persetujuan untuk menyertai projek TUKAR. Manakala sebanyak 62 kedai telah berjaya ditransformasikan kepada kedai runcit lebih moden. Kerajaan yakin sasaran sebanyak 500 buah kedai runcit yang perlu dimodenkan dalam tahun 2011 akan dapat dicapai dengan kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada peruncit yang menyertai program ini dan pemantauan oleh pihak konsultan, semua kedai runcit yang dimodenkan telah mengalami peningkatan jualan yang amat memberangsangkan dengan purata jualan meningkat diantara 20% ke 30%.

Pelaksanaan TUKAR dijangka akan dapat menyumbang kepada GNI sebanyak RM 5.56 billion dan mewujudkan sebanyak 51,540 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.