| Nilai Dan Akhlak Tidak Dapat Dipisahkan Dalam Keusahawanan |
|
|
|
| Written by Webmaster |
| Thursday, 12 May 2011 00:00 |
|
Kuala Terengganu, 12 Mei 2011 - Mengamalkan nilai-nilai murni keusahawanan adalah amat penting bagi memastikan perniagaan seseorang itu berjaya. Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keusahawanan. Ianya merupakan asas pembentukan peribadi setiap individu muslim termasuklah golongan usahawan. Demikianlah yang ditegaskan oleh Y. Bhg Dato’ Ramlan Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GABEM Malaysia ketika merasmikan Taklimat Pengurusan Dana IKS & Perniagaan Peruncitan Negeri Terengganu 2011 di Pusat Dagangan Terengganu.
Hadir sama pada Taklimat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Tuan Haji Azmi Razik yang juga merangkap Setiausaha Majlis GABEM Negeri Terengganu, dan Y.Bhg Datuk Jasmil Haji Ghani Pengurus Besar ( MPPB ) GABEM Pusat. Katanya Lagi, dalam bidang perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan untuk berpegang teguh dengan nilai yang baik dan menjauhi nilai yang buruk. Oleh sebab itulah jaminan hanya diberikan kepada usahawan yang benar-benar jujur dan ikhlas sahaja.Antara nilai dan gelagat yang wujud menurut beberapa kajian adalah sepertu berani menanggung risiko, berdikari, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, murah hati, optimis , kuasa, perihatin dan keperluan pencapaian yang tinggi, membayar hutang atau pinjaman, keyakinan diri dan banyak lagi. Sementara itu beliau juga mengaskan program yang dijalankan oleh GABEM ini adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan berkenaan pengurusan dana Industri kecil dan Sederhana (IKS ) kepada usahawan-usahawan yang sedia ada dan bakal-bakal usahawan di Terengganu. Program Taklimat ini telah disertai oleh seramai 120 orang peserta dan antara agensi yang meberi penerangan berkenaan dengan Dana IKS adalah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ), MARA Terengganu dan SME Bank Kuala Terengganu. |
| Updated on Sunday, 22 May 2011 10:16 |






