Guest Info

Your IP:
38.107.179.233
United States United States :
Browser:
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System:
Unknown Operating System Unknown Operating System
Terengganu Sasar 600 Koperasi PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Webmaster   
Thursday, 05 May 2011 00:00

KUALA TERENGGANU, 5 Mei 2011 – Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan kira-kira 600 buah koperasi dapat diwujudkan di seluruh negeri dengan jumlah keahlian lebih 650,000 menjelang 2015.

 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu, Y.B. Dato' Mohamed Awang Tera berkata, sasaran yang tinggi itu bagi melibatkan seramai mungkin anggota masyarakat dalam perniagaan di samping membantu meningkatkan ekonomi mereka dan juga negeri.

Katanya, selaras dengan pendekatan 1Kampung 1Koperasi oleh kerajaan negeri, pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menjayakannya.

“Tumpuan penubuhan koperasi itu turut melibatkan peringkat kampung, tanah rancangan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta masjid-masjid,” Katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium dan Ekspo Usahawan Felda (Simex) 2011 Felda Wilayah Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Abd. Malib Abd. Rani.

Menurut Mohamed, setiap koperasi yang diluluskan penubuhannya akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM40,000 iaitu RM10,000 daripada kerajaan negeri dan RM30,000 lagi daripada SKM bagi membolehkan ia bergerak dengan lancar.

Katanya, pada masa ini terdapat 350 buah koperasi di seluruh negeri yang melibatkan keahlian lebih 300,000 orang dan modal pusingan bernilai kira-kira RM400 juta.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peratus adalah koperasi berbentuk mikro manakala 44 peratus adalah berskala sederhana kecil dan hanya enam peratus berskala besar,” ujarnya.

Menurut beliau, dalam usaha memastikan koperasi tersebut terus aktif, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) turut menubuhkan Unit Koperasi bagi membimbing dan memberi khidmat nasihat serta pinjaman.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian anugerah usahawan kepada lima usahawan Felda yang berjaya manakala ekspo pula berlangsung di Dataran Shahbandar sehingga Sabtu ini.

Updated on Sunday, 22 May 2011 10:21