Guest Info

Your IP:
38.107.179.232
United States United States :
Browser:
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System:
Unknown Operating System Unknown Operating System
Peruntukan RM8 Juta Untuk 100 T'Shoppe Menjelang Tahun 2020 PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Webmaster   
Monday, 09 August 2010 23:23

Kuala Terengganu, 9 Ogos 2010 - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyediakan peruntukan RM8 juta untuk membuka 100 cawangan T'Shoppe menjelang tahun 2020 di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu YPU telah mensasarkan untuk melahirkan 100 usahawan dalam bidang peruncitan.

Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi, Y.B. Dato' Mohamed Awang Tera berucap pada Majlis Penyampaian sijil Pensijilan 5S kepada YPU berkata sejak dilancarkan Ogos tahun lepas, T'Shoppe kini mempunyai lapan cawangan, dengan 21 lagi cawangan masih dalam proses penubuhan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU berkata sehingga kini YPU telah membelanjakan sebanyak RM2 juta bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata menjelang tahun 2020, YPU mensasarkan 70% barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan dapat dipasarkan menerusi rangkaian cawangan-cawangan T'Shoppe.

Kebanyakan barangan-barangan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan IKS tempatan tidak memenuhi piawaian dan sehubungan dengan itu, YPU juga akan berusaha untuk membantu usahawan-usahawan IKS tempatan agar dapat meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan agar dapat dipasarkan bukan sahaja dipasaran tempatan malah mampu bersaing ke pasaran global.